Siapa kami?
Misi kami
Misi kami adalah untuk memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada seberapa ramai lelaki mahupun wanita di luar sana yang masih berjuang untuk mendapatkan pasangan hidup yang sesuai
Kami Percaya bahawa, lelaki atau wanita yang Single juga berhak untuk menjalani kehidupan yang bahagia

KEPAKARAN KAMI
Kami berpengalaman luas dalam hubungan percintaan yang bertepuk sebelah tangan. Cinta kami telah sering kali ditolak.
Hasil dari kekecewaan yang tidak berbelah bahagi ini, kami telah mendapat banyak pengajaran yang seterusnya boleh kami gunapakai untuk memberi tips-tips berguna agar rakan-rakan di luar sana turut menerima nasib yang sama seperti kami
Nilai Teras Komuniti Kami
Kami berpegang teguh kepada nilai-nilai yang seperti berikut:
- Kecewa Bersama
- Menangis Bersama
- Mandi Bersama