Seorang lelaki dari Nanchang, China dilaporkan runtuh paru-paru selepas menyanyikan sebuah lagu. Sebelum ini beliau tidak pernah mengalami sebarang masalah untuk menyanyikan lagu terbabit

Lelaki berkenaan dikatakan menyanyikan lagu yang agak tinggi note, hingga menyebabkan beliau mulai rasa sakit dada. Bagaimana pun, beliau tidak mengendahkan rasa sakit itu sehinggalah keesokkan harinya. Beliau yang mengadu kesakitan seterusnya dibawa ke hospital berdekataan oleh anak lelakinya untuk pemeriksaan lanjut
Lelaki berusia 65 tahun ini berkata, beliau tidak pernah mengalami sebarang masalah untuk menyanyikan lagu terbabit, sehinggalah beliau mengalami masalah pernafasan selepas sesi karaoke.

Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati, paru-paru lelaki ini telah runtuh akibat tekanan udara yang tinggi berpunca daripada nyanyian lagu yang tinggi note. lelaki tersebut seterusnya diberkan rawatan susualn dan dalam keadaan yang stabil. Doktor terbabit menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu menekan diri terutama mengambil kira umur dan keadaan fizikal badan