Adakah Wanita Yang Memeriksa Telefon Pasangannya itu Dianggap “Queen Control”

Setiap pasangan mengimpikan hubungan yang berkekalan dan bahagia. Namun, tiada apa-apa jaminan yang boleh menentukan sama ada suatu hubungan itu akan pasti bahagia atau pasti berkekalan. Segalanya ditentukan oleh komitmen dan juga usaha pasangan terbabit untuk sama-sama memastikan agar hubungan mereka sentisa terpelihara.

Kerap kali kita mendengar pasangan yang berlaku curang. Dan ironinya, setiap kali berlakunya kes curang, kebanyakan kes adalah membabitkan pihak lelaki. Tidak kira lah sama ada pasangan tersebut telah bersama-sama sudah beberapa tahun, tinggal berdekatan atau berjauhan mahupun telah berkahwin atau belum. Kes curang ini tidak ada latar belakang yang spesifik. Sedangkan wanita dengan raut wajah dan perwatakan cantik juga turut sama dicurangi oleh pasangan mereka.

Hubungan yang tidak bahagia selalunya disebabkan oleh salah satu pasangan yang curang

Namun apa yang pasti, kes curang ini kebiasannya berlaku apabila sang lelaki mulai kerap berhubung dengan wanita lain. Dengan lambakan media sosial yang ada pada masa kini, aplikasi whatsapp selalunya menjadi medium atau platform untuk berhubung.

Ramai pasangan di luar sana yang berkongsi media sosial dan tidak kekok untuk pasangannya menggunakan smartphone milik mereka sama ada untuk bermain games, menangkap gambar, serta turut melayari lama media sosial milik pasangan mereka. Selalunya wanita lah yang suka berbuat sedemikian.Tetapi, apakah tujuan mereka untuk berbuat begitu? Apakah mereka tidak percaya dengan si lelaki? adakah mereka tidak mahu memberikan privacy kepada sang lelaki? atau satu perkataan yang selalu kita dengar, adakah si wanita itu seorang yang “Queen Control“?

Wanita sebenarnya sentiasa mempunyai naluri atau instinct. sama ada terhadap pasangan mahupun hubungan mereka. Melalui dapatan yang dijalankan oleh fakulti sains sosial, University Edinburgh, Scotland yang mempelajari tentang norma satu-satu pasangan dalm perhubungan cinta. Wanita lebih cenderung untuk lebih berusaha mempertahankan satu-satu hubungan cinta berbanding sang lelaki. Wanita juga lebih peka dengan setiap perubahan yang dipamerkan oleh pasangan mereka lebih-lebih lagi apabila hubungan pasangan terbabit dalam keadaan bermasalah atau renggang. Dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa tindakan dan norma sang wanita adalah berasaskan kepada naluri dan 80% naluri mereka berkenaan pasangan yang difikirkan curang adalah betul.

Jadi sekiranya secara tiba-tiba sang wanita mengambil atau meminta untuk memeriksa telefon kepunyaan sang lelaki, maka tindakan itu tidak sepatutnya digelar sebagai sesuatu yang bersifat Queen Control. Jika benar tidak ada yang mahu disembunyikan, maka tidak ada sebab untuk tidak memberikan telefon tersebut, lagi-lagi mahu memarahi si wanita kerana bertindak sedemikian. Adalah normal untuk wanita merasa insecure atau mempunyai perasaan tidak selamat dalam satu-satu perhubungan. Oleh itu, ianya menjadi tanggungjawab sang lelaki untuk menunjukkan bahawa dia boleh melindungi dan pada masa yang sama menyayangi sang wanita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *