8 Makanan Untuk Meningkatkan Kesihatan “Senjata” Lelaki

Setiap lelaki mendambahkan “Senjata” yang perkasa dan kekal sihat sepanjang masa. Namun kajian yang dilakukan oleh fakulti pemakanan di Cambridge University United Kingkom, pada tahun 2018 menyatakan bahawa lebih banyak lelaki mengalami masalah mati pucuk pada 10 tahun kebelakangan ini berbanding dengan sebelumnya. Dalam kajian tersebut, setiap seorang daripada 10 lelaki sedang dan pernah mengalami penyakit ini. Ianya berkait rapat dengan gaya hidup serta pemakanan yang tidak sihat. Dalam artikel pada kali ini, kita akan memberi senarai sebanyak 8 jenis diet atau amalan pemakanan yang akan meningkatkan kesihatan “Senjata” lelaki dan kesihatan seksual secara keseluruhannya.

KOPI/ CAFFEIN

Caffein yang terdapat di dalam kopi boleh meningkatkan tahap metabolisma dalam badan dan seterusnya membantu dalam pembakaran lemak yang terkumpul pada “senjata” sang lelaki. Amalan ini boleh dipraktikkan dengan meminum segelas kopi hitam tanpa gula pada setiap malam. Ianya juga dapat membantu memberi tenaga sepanjang malam dan seterusnya membolehkan gaya hidup seksual yang lebih aktif pada waktu malam.

KERANG/ TIRAM

Amalan pemakanan makanan laut ini adalah sangat popular dan telah terbukti berkesan dalam memperbaiki dan meningkatkan kesihatan seksual lelaki. Tiram kaya dengan mineral Zinc (Zc) dan tinggi dalam kandungan Vitamin B6, di mana kedua-dua unsur ini adalah sangat penting untuk hormon Testosteron pada lelaki. Hormon ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk meningkatkan dan mengekalkan nafsu seks lelaki di ranjang.

LADA CILI MERAH

Sedarkah anda mengapa setiap kali anda mengambil Cili merah dalam makanan, muka anda akan berubah menjadi merah? Ini adalah kerana rasa pedas yang ada pada cili menyebabkan kalenjar dan pembuluh darah pada muka berkembang dan mengakibatkan warna kemerah merahan pada wajah. Dan ianya bukan hanya pada muka tetapi pada keseluruhan badan. “Senjata” lelaki teridir daripada banyak pembuluh darah yang kecil dan ianya sering tersumbat oleh lemak-lemak tepu yang diambil dari diet pemakanan harian anda. Kerap mengambil cili merah pada pemakanan seharian anda akan melancarkan pengaliran darah pada pembuluh darah serta kalenjar pada “Senjata” para lelaki yang seterusnya mengelak dari tersumbat oleh lemak.

PISANG

Buah pisang mengandungi zat potassium yang tinggi. Zat ini penting untuk kesihatan jantung dan peredaran darah dengan membantu mengawal kadar kandungan garam dalam darah dan merendahkan tekanan darah. Ini seterusnya akan membuatkan jantung anda sihat dan kuat mengepam darah ke seluruh anggota badan. Peredaran darah yang lancar pada “senjata” lelaki adalah amat penting bagi mendapatkan tahap kekerasan yang maksimum.

IKAN SALMON

Salmon mengandungi Omega-3 yang tinggi. Zat ini penting dalam memastikan salur darah dalam badan tidak melekit. Ini akan melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan termasuk “senjata” lelaki. Selain salmon, anda juga boleh mengambil ikan tuna sebanyak dua kali dalam seminggu bagi memastikan salur darah anda sentiasa lancar.

DAGING BABI

“Senjata” yang sihat sering berkait rapat dengan sistem saraf dalam badan yang sihat. Badan kita memerlukan vitamin B1 untuk mengekalkan kesihatan sistem saraf dalam badan. Jika anda tidak boleh mengambil daging babi, anda boleh menukarnya dengan kacang atau Wholemeal Bread sebagai makanan ganti untuk mendapatkan vitamin B1.

BUAH CERI

Buah ini terkenal dengan unsur anti-oksidan seperti anthocyanins yang bertanggungjawab melindungi dinding salur darah dalam badan. Ianya melindungi salur darah dari sisa lemak yang jika tidak dibendung atau terkawal boleh mengakibatkan salur darah tersumbat. Salur darah yang tidak lancar akan menyebabkan pengaliran darah kepada “senjata” lelaki yang tidak lancar dan seterusnya melemahkan kesihatan seksual lelaki.

WINE MERAH

Ini semestinya berita baik untuk mereka yang gemar meminum wine merah. Minuman ini terkenal dengan kandungan anti-oksidan phytochemical resveratrol di mana ianya bertanggungjawab untuk membuka arteri darah melalui rembesan Nitrik Oksida. Asid yang dirembes ini akan mengembangkan salur darah dan meningkatkan pengaliran darah pada “senjata” lelaki, sama seperti apa yang dilakukan oleh ubat viagra. Namun, ianya dinasihatkan hanya mengambil maksimum dua gelas wine sahaja dalam sehari.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *