3 Kaedah Dalam Menghadapi Rakan Sekerja yang Kuat Berpolitik Di Tempat Kerja

Ramai daripada kita yang pastinya mempunyai pengalaman ataupun mempunyai rakan sekerja yang kuat berpolitik di tempat kerja. Politik di tempat kerja biasanya didefinasikan sebagai satu perbuatan atau perlakuan seseorang di tempat kerja yang lebih banyak bercakap daripada membuat atau menyiapkan kerja. Golongan ini juga sangat pandai membodek boss dengan pujian-pujian ataupun yang lebih teruk lagi, suka membuat complaint berkenaan dengan rakan sekerja yang lain. Asasnya, mereka ini cuma manghabiskan masa kerja mereka dengan berlakon dan berpura-pura. Walaupun perbuatan mereka ini sangat jelas, kebanyakan pihak atasan pula cenderung untuk berpihak dengan golongan ini dan lebih menyedihkan, bila golongan ini pula yang lebih mendapat perhatian apabila tiba masa untuk kenaikan pangkat atau gaji.

Berikut merupakan antara 3 kaedah yang boleh kita praktikkan di tempat kerja sekiranya kita mempunyai rakan sekerja yang kuat bermain politik.

PASTIKAN KERJA KAMU SENTIASA UP-TO-DATE DAN MERUPAKAN HASIL YANG TERBAIK

Selalunya golongan yang kuat berpolitik ini gemar untuk masuk campur dan menggangu urusan kerja orang lain. Mereka juga akan mengambil peluang ini untuk mengambil kelemahan-kelemahan dalam kerja orang lain dan melaporkannya kepada boss. Ini adalah cara paling senang untuk mereka mendapat perhatian dari pihak atasan. Oleh itu, adalah penting untuk kamu sentiasa memastikan apa-apa kerja kamu up-to-date dan merupakan hasil kerja terbaik dari kamu sendiri. Ini akan membuat mereka yang kuat berpolitik ini tidak mempunyai points terhadap kamu dan kemungkinan besar akan membuat mereka untuk tidak menggangu kerja kamu.

JANGAN BERKONGSI HAL PERIBADI

Golongan yang kuat berpolitik ini juga suka bercampur gaul dengan semua orang dengan harapan dapat mengorek apapun cerita-cerita tidak kiralah perihal perbadi ataupun perihal kerja. Ini adalah antara isu yang mereka suka laporkan kepada boss. Dalam kata lain, mereka bertindak sebagai Spy kepada pihak atasan. Walapun mungkin apa yang kamu kongsikan itu adalah perkara remeh atau kecil, tetapi golongan ini pastinya akan menambah-nambah sensasi dalam cerita tersebut sebab objektifnya cuma untuk mendapatkan perhatian dan pengiktirafan dari boss. Maka adalah penting untuk kamu tidak berkongsi perihal peribadi dengan golongan ini

BERSIKAP TEGAS DAN YAKIN DI TEMPAT KERJA

Selalunya mangsa buli di tempat kerja adalah mereka yang pendiam dan lembut. Golongan yang kuat berpolitik ini gemar untuk mengambil kesempatan ke atas rakan sekerja mereka yang kelihatan lemah di mata mereka. Kamu kena sentiasa bersikap tegas di tempat kerja. Tidak kira dengan siapa termasuk pihak atasan kamu sendiri, sikap tegas dan profesional adalah satu keperluan mustahak di tempat kerja walau dalam bidang atau industri apa sekalipun. Keterampilan yang meyakinkan juga akan membuatkan mereka-mereka yang cuba mengambil kesempatan ke atas kamu, akan berasa was-was dengan kamu. Sikap tegas dan yakin ini sinonim dengan disiplin dan komitmen kerja yang tinggi.

Pendek kata, fokus tehadap penambah baikan kerja diri sendiri terlebih dahulu dan tidak payah membuang masa untuk berfikir tentang golongan-golongan ini kerana jika kamu dapat menutup segala kelemahan kerja kamu terlebih dahulu di hadapan golongan ini, nescaya sukar untuk mereka mencari isu untuk dipolitikkan

#Pukiayam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *