Ditahan Polis dalam Cubaan Membayar Pelacur Dengan Menggunakan Burger

New Mexico, January 28: Seorang lelaki yang berumur 36 tahun telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan setelah didapati bersalah cuba mendapatkan perkhidmatan seks dengan membayar menggunakan Burger. Pesalah, Dominic Calderon yang ketika itu sedang menunggang basikal di Central Avenue, Alberquque dikatakan ternampak seorang wanita yang sedang berlegar-legar di tepi jalan. Calderon berhenti dan seterusnya bertanya kepada wanita tersebut tentang harga untuk perkhidmatan seks.

Mereka bersetuju dalam satu harga yang ditetapkan tetapi Calderon memberitahu wanita tersebut bahawa beliau tidak akan mempunyai wang pada ketika itu kerana belum mendapat gaji. Calderon seterusnya cuba meminta nombor telefon wanita tersebut agar dapat menghubungi wanita tersebut di kemudian hari.

Wanita tersebut enggan memberikan nombor telefonnya dan menyuruh Calderon hanya datang kepadanya setelah mendapatkan gaji beliau. Calderon yang enggan berganjak tanpa diduga telah menawarkan Hamburger yang baru dibelinya sebagai bayaran pendahuluan. Calderon tidak mengetahui bahawa wanita tersebut adalah seorang anggota polis yang sedang menyamar sebagai salah satu usaha Kerajaan Mexico dalam membendung kegiatan pelacuran di negara tersebut.

Calderon telah ditangkap serta merta atas tuduhan cubaan mendapatkan perkhidmatan seks dan Burger tersebut juga telah dirampas sebagai bahan bukti. Beliau dijangkakan akan mempertahankan diri di Metropolitan Court pada 25 February depan. Menurut rekod, Calderon mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan merogol dan masih di bawah pemerhatian pihak polis. Dalam tangkapan kali ini, beliau adalah antara 11 lagi tangkapan yang dibuat untuk kesalahan sama di sekitar Central Avenue pada hari tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *