5 Tips Merampas Isteri Rakan Baik Sendiri

Tuan-tuan sekalian, seringkali kita mendengar akan cerita di mana para suami-suami yang dirampas oleh wanita yang kebiasaannya lebih muda dan seksi serta menawan. Mungkin ada juga cerita suami mempunyai hubungan dengan wanita lain yang lebih tua ataupun kurang menawan dari isteri mereka sendiri tetapi sangat minimal. Fenomena rampas merampas ini semestinya tidak seperti fenomena gerhana bulan atau album lagu Fenomena oleh kumpulan rock Search. Ianya hanya berlaku apabila dua tangan saling menggapai antara satu sama lain dan akhirnya saling bertepuk hingga mengeluarkan bunyi-bunyi cinta (Cak..cak..cak..). Bak kata pepatah, manakan pokok bergoyang kalau bukan ditiup angin, dan manakan kereta yang sedang parking itu bergoyang kalau tiada orang bergoyang di dalamnya. Tetapi benar, seringkali kes seperti ini akan melibatkan Sang Suami Dan Sang Wanita Muda (Si Perampas). Ianya boleh terjadi kepada sesiapapun baik artis, pemimpin politik, orang kenamaan, orang kaya, mahupun orang miskin dan hodoh seperti anda yang sudahlah tidak flush tandas, juga tidak pandai membayar duit masuk tandas awam.

Persoalannya sekarang tuan-tuan budiman sekalian, kenapa cuma suami dan wanita perampas yang sering terlibat dengan kes seperti ini? Bagaimana pula dengan kes yang melibatkan isteri, dengan lelaki perampas? Ya, walapun ada, tetapi kes seperti ini sangatlah sedikit dan terpencil. Nampaknya lelaki-lelaki di luar sana kena lebih bertegas dan harus pandai menanam tekad untuk menjadi lelaki yang pandai merampas. Maka, admin dengan ini ingin berkongsi tentang tips yang serba sedikit akan dapat membantu para lelaki-lelaki budiman di luar sana untuk merampas wanita yang bergelar isteri dan anda boleh memulakannya dengan merampas isteri rakan baik anda sendiri.

  1. Selalu bersama dengan Rakan Baik Anda

Ini adalah langkah pertama yang paling asas. Adalah penting untuk tuan-tuan membina kepercayaan dengan isteri rakan baik anda. Umumnya, isteri akan lebih percaya dan terbuka dengan rakan baik suami mereka sendiri. Selalulah bersama-sama dengan rakan baik anda tidak kira di masa susah atau senang. DI masa hujan dan panas, dan di masa siang dan malam. Cuma jangan sahaja tuan-tuan jatuh cinta pula dengan rakan baik anda sendiri anjirrr.. Ingat, misi anda adalah untuk merampas isteri rakan baik tuan-tuan tersebut. Situasi paling berkesan adalah dengan bersama-sama dengan rakan baik tuan-tuan semasa dia atau keluarga dia susah. Jika rakan tuan-tuan sedang sakit, ambillah peluang untuk melawat beliau di rumah. Bergembira dan berbahagialah tuan-tuan kalau rakan itu berbaring sakit di bilik, kerana inilah masa yang terbaik untuk tuan-tuan mengenal lebih rapat isteri rakan baik tuan-tuan itu sambil-sambil kononya membantu kerja-kerja rumah atau dapur dengan membuat-buat muka kepenatan agar diberi lebih perhatian oleh si isteri. Jika tuan-tuan mempunyai bentuk badan yang sasa , inilah juga masa untuk berpura-pura membuka baju dan berpura-puralah membersihkan parit di luar rumah sambil memperlihatkan kelibat otot-otot yang sedang hangat berpeluh-peluh. Nescaya, si isteri akan keluar membawa tuala dan air sejuk untuk tuan-tuan. Kepercayaan yang terbina ini akan membuatkan si isteri akan lebih selesa dengan tuan-tuan.

2. Mesti Tahu Nombor telefon Isteri Rakan Baik anda

Benda asas kedua yang tuan-tuan kena ada dalam langkah dan perjalanan penuh ranjau ini dalam usaha untuk merampas si isteri. Semestinya adalah ganjil jika tuan-tuan secara terang terangan meminta nombor telefon si isteri secara tiba-tiba bukan. Tetapi ianya bukanlah sukar kerana tuan-tuan telah menguasai tips pertama di atas sebentar tadi. Apa yang tinggal hanyalah untuk tuan-tuan mencipta situasi atau alasan untuk si isteri memberi nombor telefon. Contoh yang paling senang, adalah dengan mengambil kesempatan ke atas situasi di mana rakan baik tuan-tuan sedang sakit seperti di atas. Tuan-tuan kena pandai menambah perencah ke atas drama ini. Sebelum balik dari melawat rakan baik tuan-tuan yang sedang sakit itu, berilah rakan anda yang sedang sakit tu untuk minum “Teh Orang Kampung” secara diam-diam. Dan beri nombor telefon tuan-tuan kepada si isteri atas alasan kononnya jikalau ada apa-apa, bolehlah telefon terus dengan tuan-tuan. Selepas itu, tuan-tuan masuk kereta dan pergilah dengan gembira kerana hanya dalam tempoh 15 minit sahaja, si isteri pasti akan menghubungi tuan-tuan. Dalam tempoh itu, tuan-tuan boleh la parking secara sembunyi sembunyi tidak jauh dari rumah rakan baik tuan-tuan itu. Pastikan tuan-tuan terus save nombor telefon si isteri sebelum pergi menyelamatkan rakan baik tuan-tuan itu   

3. Ketahui Kelemahan Rumah Tangga Rakan Baik Anda

Pepatah ada mengatakan, menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan,alang-alang mandi, biar guna sabun. Ini adalah permulaan untuk tuan-tuan memahami situasi dengan lebih spesifik dan details. Setiap perjuangan, haruslah dibuat dengan persiapan strategi-strategi yang sepatutnya. Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer juga sentiasa mempersiapkan strategi agar pasukannya sama ada kalah atau seri pada perlawanan BPL setiap minggu. Apatah lagi perjuangan untuk merampas isteri rakan baik tuan-tuan sendiri. Ini bukanlah satu perjuangan yang boleh dipandang remeh, dipandang sebelah mata atau dengan kencing mengangkat sebelah kaki. Apakah yang patut tuan-tuan lakukan agar dapat mengetahui apa-apa kelemahan dalam alam rumah tangga rakan baik tuan -tuan dengan si isteri? Terlalu mudah tuan-tuan.. Ha..ha..ha..ha..ha.. Sampai diri ini ketawa dan senyum sendiri-sendiri wahai tuan-tuan. Adek manes depan kaunter pun tersenyum-senyum melihat diri ini tuan-tuan. Biasalah bila memiliki senyuman manis ni pasti mudah mengundang godaan-godaan dari sekeliling. Hati ini hanya menahan agar boleh terus berkongsi tips yang ketiga ini. Sekali lagi mengambil kesempatan semasa rakan baik tuan-tuan sedang sakit. Tuan-tuan kena pandai memulakan perbualan untuk berpura-pura bertanya rahsia kebahagiaan rumah tangga si isteri dengan rakan baik tuan-tuan. Peprempuan kebiasaanya akan teruja untuk menceritakan perkara-perkara romantis seperti ini, lebih-lebih lagi bila si isteri sudah ada kepercayaan terhadap diri tuan-tuan. Si isteri akan berbebel panjang dan tuan-tuan kena pandai bersabar. Inilah yang dinamakan sebagai proses “Memancing”. Tuan-tuan tidak akan terus dapat apa yang tuan-tuan mahukan. Itulah pentingnya untuk tuan-tuan mempelajari teknik dan skill “Memancing’ terutamanya taktik bermain dengan mata kail. Selepas si isteri telah selesa menceritakan pasal romantis rumah tangga mereka, tuan-tuan bolehlah beralih kononnya kepada cabaran dalam berumah tangga. Yaaaaahh… Di sini lah lubuknya tuan-tuan. Ikan sudah menyangkut dan masanya untuk menariknya dekat kepada anda. Dalam keterujaan bercerita itu, si isteri pastinya akan memberi contoh akan cabaran dalam rumah tangganya sendiri bersama dengan rakan baik tuan-tuan. Sambil-sambil mendengar luahan hati si isteri, tuan-tuan kena pandai menganalisa apa-apa isu atau perkara yang menjadi kelemahan dalan rumah tangga mereka. Dan tuan-tuan kena catitkan dalam lembaran buku nota tuan-tuan untuk dijadikan sebagai “Senjata”kelak.   

4. Kenalpasti kegemaran isteri rakan baik anda

Jika tuan-tuan berjaya dalam ketiga-tiga langkah asas di atas, maka 2 langkah terakhir ini teramatlah senang. Dengan si isteri yang sudah selesa dan percaya dengan tuan-tuan, tidak akan ada kemuskilan lagi sekiranya tuan-tuan sekali-sekala pandai bertanya hobi mahupun makanan dan minuman kegemaran si isteri. Ini adalah soalan-soalan yang wajib ditanyakan dalam usaha tuan-tuan untuk mengeratkan lagi hubungan. Tetapi tuan-tuan tetap kena berhati-hati kerana kita tidak mahu pula sang suami suspek apa-apa. Teruskan melawat rakan baik tuan-tuan di rumahnya dengan memberi apa jua alasan yang sepatutnya. Dan setiap kali ada peluang untuk melawat ke rumah, ambil peluang untuk sentiasa melirik mata tuan-tuan ke arah si isteri. Sememangnya ini la saatnya tuan-tuan kena tahu response si isteri jika tuan-tuan sudah berbuat begitu dan jika terukir senyuman d bibir si isteri tatkala lirikan mata kalian berdua bertemu, naaaaaa…. itu la signalnya tuan-tuan untuk ke langkah yang seterusnya. Pada waktu yang seperti ini, tuan-tuan kena maintain macho agar rakan baik tuan-tuan tidak akan sedar akan niat tuan-tuan tersebut

5. Perangkap Rakan Baik Anda Sendiri

Ini lah langkah yang paling perit tuan-tuan. Mungkin ada di kalangan tuan-tuan yang sudah mengenali rakan baik tuan-tuan itu selama lebih dari 10 tahun. Tapi demi nafsu buas tuan-tuan itu, maka memang tidak ada pilihan lagi jika tuan-tuan mahu merampas si isteri. Sebagai rakan baik, tuan-tuan pastinya lebih tahu kelemahan rakan baik tuan-tuan sendiri. Kebiasaanya, pasti ada perempuan yang selalu menjadi bualan di antara tuan-tuan dengan rakan baik sealama tempoh perkenalan kalian berdua. Jadi bagaimana untuk merancang perangkap dalam situasi begini tuan-tuan? Ha..ha..ha..ha..ha… Saya terketawa lagi tuan-tuan.. Sehinggakan Pak Cik sapu sampah pun cepat-cepat lari menjauhi saya kerana diri ini tidak dapat menahan gelak walaupun sedang berada di tempat pembuangan sampah untuk membuang celana dalam yang sudah lama koyak ini.. ha..ha..ha…. Tapi tidak apa tuan-tuan, diri ini tetap akan teguh menahan malu agar dapat meneruskan karya yang amat dinanti-nantikan oleh segenap jejaka-jejaka buas dan liar di luar sana. Maka tuan-tuan sekalian, aturkanlah makan malam bersama dengan wanita berkenaan berserta sekalian dengan tuan-tuan dan rakan baik tuan-tuan itu. Jika boleh pergi bertiga, adalah yang terbaik. Tetapi ada kemungkinan juga si wanita itu akan membawa seorang lagi rakannya. Bak kata orang puteh, “Double Date” kononnya. Pastinya si rakan baik itu tidak akan memberitahu perkara yang sebenar dengan si isteri. Ambil la peluang ini tuan-tuan untuk berpura-pura mengambil selfie atau wefie. Tetapi jangan pula terburu-buru untuk menghantar gambar kalian kepada si isteri. Tuan-tuan cuma perlu meng-upload gambar-gambar berkenaan ke status WhatsApp tuan-tuan sahaja. Kenapa tuan-tuan? Untuk mengelak perasaan wasangka dari rakan baik tuan-tuan sendiri. Pepatah Melayu ada mengatakan, “Kalau sudah bodoh tak ke mana, begitu juga jodoh tak akan ke mana”. Maka situasi ini pastinya akan memberi tamparan kepada si isteri apabila dia ternampak status WhatsApp tuan-tuan itu. Pegaduhan akan tercetus dan dalam pergelutan cinta dan perasaan itu, tuan-tuan hanya perlu duduk sambil mendengar lagu Breory marantika sementara menunggu si isteri menghubungi tuan-tuan. Memang kebiasannya wanita akan cenderung mencari seseorang yang di selesa di kala dia sedang dilanda kesusahan. Jika ini berlaku tuan-tuan, maka seharusnya tuan-tuan sudah tahu apa yang perlu dibuat seterusnya.

Diharap tips-tips ini akan sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan seperjuangan kita di luar sana yang telah lama menyimpan niat seperti ini. Gaissss… Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

#Pukiayam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *